LEGO LANCARKAN MINDSORMS EV3, ROBOT 'SMART TOYS' GENERASI KE-3T PDF Cetak Emel
Penilaian pelawat: / 0
LemahBaik 
Teknologi
Ditulis oleh Rejimen Semboyan Diraja   
Selasa, 08 Januari 2013 21:06

TRACK3R_1_Mindstorms_EV3_iAwani-Lego

Lego ada mengeluarkan robot mereka sendiri sebagai smart toys khusus untuk dijadikan permainan atau dijadikan sebagai koleksi peribadi. Ketika di pameran CES 2013, Lego melancarkan Mindstorms EV3 – gajet sebagai platform untuk anda membina robot peribadi, memprogramkan cara pergerakan robot itu kemudian biarkannya bergerak sendiri. Anda boleh cipta 17 model robot berlainan hanya dengan mengikuti panduan modular disediakan oleh Lego. Mindstorms EV3 merupakan platform robotik mesra pengguna, model yang diperkenalkan hari ini merupakan model generasi ketiga ciptaan Lego selepas mereka mencipta dua model sebelumnya – Mindstorms NXT (tahun 2006) dan Mindstorm (tahun 1998). Asas pembinaan robot Mindstorms EV3 adalah dengan menghubungkan setiap komponen ke kekotak pusat Mindstorms EV3 dipanggil sebagai “Ev3 Brick” ataupun “Intelligent Brick”

 

Intelligent_Brick_1_iawani

seperti gambar di bawah.Cantumkan komponen-komponen dan pastikan semua komponen bersambung satu sama lain. Sesudah siap, tetapkan cara pergerakan robot, arah pergerakan dan jarak pergerakannya. Mudah kan? Ev3 Brick yang bertindak sebagai ‘otak’ robot mempunyai memori dalaman 16MB, sebuah cip pemproses robot ARM9 (system on a chip), sebuah skrin LCD untuk anda teliti berbagai jenis pilihan arahan, berbagai menu dan berbagai tetapan ketika mahu memprogram. Apabila kita masuk ke soal spesifikasi teknikal, terletak di bawah skrin Ev3 Brick adalah 4 butang navigasi (untuk tujuan pemprograman) dan 1 butang kuasa (power button). Mindstorms EV3 turut memiliki palam USB, slot kad memori, capaian Wifi, 3 sensor pergerakan, 2 sensor sentuhan, 1 sensor deria pengesan infra merah berkebolehan mengesan apa jua objek di depan robot dan mengenal pasti pergerakannya. Mindstorms EV3 dijual pada harga $350 Dolar Amerika, bakal dibawa masuk ke pasaran pada suku kedua tahunn 2013 (April-Jun). Anda boleh teliti lebih gambar model-model robot Mindstorms EV3 dan video ulasan mengenainya di Cnet.

  Pro joomla 1.5 themes, hosting business.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Alih Bahasa

Hakcipta © Terpelihara 2014:

Rejimen Semboyan Diraja,
Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
Tel: 603-26921333 Sambungan 3570    Faks: 603-26942669   Emel: webmaster@rsd.mil.my

Paparan Terbaik: 1024 x 768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0, Mozilla Firefox 10.0 dan Google Chrome 18.0 ke atas

Kesan Versi : | Desktop | Smartphone | iPhone | iMode